Thursday 26 April 2012

UJIAN PERSONALITI DIRI

Anda harus faham personaliti anda sendiri sekiranya
anda mahu berjaya dalam karier dan gembira dengan
apa-apa yang anda lakukan. Pekerja yang gembira
ialah pekerja yang produktif.
Adakah personaliti seseorang boleh diukur?
Perangai manusia sentiasa berubah dan menjadi fitrah
manusia untuk berubah mengikut kehendak setempat.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah perangai atau
kebiasaan kita yang tidak boleh diubah.
Tujuan ujian ini adalah untuk mencari identiti
anda yang sebenar bukan untuk mencari kelemahan
diri anda. Sila Lihat link di sebelah kanan blog atau KLIK SINI untuk maklumat lanjut :-



Friday 20 April 2012

menangani stress dalam Islam


Renung secara mendalam kalam Ilahi ini...

""ŸAllah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 

(Al-Baqarah: 284-286)

Amalkan juga doa ini yang terdapat dalam al mathurat :

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kebingungan dan kedukacitaan. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang. (3x)

Dunia tempat bertani, akhirat tempat menuai.... Selamat beramal

Thursday 19 April 2012

IBUBAPA DAN KERJAYA


Ketahuilah, membahagiakan ibubapa bukan untuk melihat senyuman mereka, tetapi untuk kita "tersenyum" dalam segala kehidupan kita... Fikir-fikirkan..
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

TUGAS KAUNSELOR




Satir ( 1983 ) , mengatakan banyak tugas dan teknik yang dilakukan oleh kaunselor keluarga untuk membantu keluarga mencapai matlamat . Ada beberapa tugas kaunselor yang telah disenaraikan . Kaunselor adalah:

1) Menyediakan suasana teraputik agar objektif dan matlamat jelas

2) Membantu ahli keluarga membina self-esteem
3) Membantu ahli keluarga mengenal pasti ‘aset’
4) Ambil sejarah keluarga dan mengambil pencapaian yang lepas
5) Mengurangkan ancaman dengan membina“boundaries” dan mengurangkan pertahanan
6) Sedia menerima penerokaan walaupun menyakitkan ataupun terlarang
7) Gunakan beberapa teknik untuk memulihkan rasa tanggungjawab klien
8) Membantu keluarga melihat bagaimana contoh yang lepas mempengaruhi harapan dan tingkahlaku dan melihat perubahan jangkaan
9) Menggariskan tugas dan fungsi
10) Merapatkan “jurang” komunikasi dan menterjemah mesej
11) Menonjolkan perselisihan khusus dlm komunikasi
12) Kenalpasti komunikasi nonverbal

PERANAN GURU KAUNSELING DI SEKOLAH




TUGASAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) telah menggariskan prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling yang sesuai digunakan di Malaysia seperti berikut:-

1. Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan.
2. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.
3. Penuntut mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu.
4.Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya.
5.Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan.
6. Bimbingan dan kaunseling adalah berorientasikan masa depan dan sekarang.
7.Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya,
8.Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman.
9.Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani.
10.Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling yang baik. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan supaya ia tidak dianiaya oleh yang menolongnya.

Namun menurut tugasan yang terbaru tugas Kaunselor dihadkan kepada lapan bidang seperti yang tertera di bawah iaitu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling,Pengurusan dan Pentadbiran,Akademik,Kerjaya,Psikososial dan kesejahteraan mental,Kaunseling keibubapaan,Pembangunan diri, serta Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor mengadakan sesi dengan pelajar .Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau permasalahan klien yang diperbincangkan.
Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama.Semasa sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai di penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.Semasa permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan yang perlu dijaga oleh setiap ahli kelompok.

Seterusnya ialah Sesi Bimbingan Individu .Dalam hal ini kadang-kadang terdapat pelajar yang datang bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar yang bereksan.Dalam hal ini ,kaunselor perlu menjalankan sesi bimbingan iaitu memberi tunjuk ajar secara terus kepada pelajar.


Demikian pula halnya dengan Sesi Bimbingan Kelompok iaitu beberapa orang pelajar yang datang bertemu kaunselor hanya untuk mendapatkan sedikit bimbingan dan pandangan bagaimana cara untuk mereka mengulangkaji sebagai contohnya sekumpulan peajar yang ingin meminta pandangan dan berbincang tentang bagaimana mereka hendak memulakan belajar dalam kumpulan.


Konsultasi pula melibatkan kaunselor dengan pihak luar.Ini berlaku apabila kaunselor mendapati ia kurang berkemahiran dalam sesuatu bidang yang diutarakan oleh klien.Maka,ia perlu mendapatkan nasihat pakar atau kaunselor lain atau pun merujuk kes berkenaan terus kepada pihak lain yang dipercayai mempunyai kepakaran dan dipercayai boleh membantu klien tersebut.Merujuk klien yang mempunyai kemurungan yang serius merupakan suatu bentuk konsultansi yang boleh dilakukan oleh kaunselor.


Pengurusan dan Pentadbiran

Seseorang kaunselor pada asasnya terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran.Uusan pentadbiran yang dimaksudkan adalah urusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya dengan pihak pentadbir sekolah ataupun agensi luar.

Perkara yang termasuk dalam pengurusan antaranya ialah mengurus dan menyelia sistem fail.Dalam urusan ini kaunselor bertanggungjawab terhadap pengurusan segala jenis fail yang telah diwujudkan.Segala jenis fail hendaklah mempunyai nama dan siri nombor.Fail mestilah dalam keadaan yang terurus dan teratur bertujuan agar senang dicari bila fail itu dikehendaki.


Membuat sebaran berkenaan perkara yang berkaitan dengan bidang kaunseling.Ini bermaksud kaunselor perlu membuat sebaran seperti mengedarkan buletin,paparan ,poster,buku skrap berkenaan maklumat kerjaya,maklumat pendidikan dan latihan,maklumat dadah,bahaya rokok dan kesihatan dan jadual waktu perkhidmatan kepada para pelajar.Ini semua bertujuan untuk memaklumatkan pelajar agar mereka tahu akan kepentingan dan tugas Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.


Kaunselor juga dikehendaki menyediakan dan menyelenggara kertas kerja p dan menyediakan laporan program.Penyediaan kertas kerja program dan laporan program adalah menjadi suatu tanggungjawab kaunselor.Sebagai kaunselor yang juga merangkap Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah,maka adalah menjadi kewajipan baginya untuk menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti pada tiap kali aktiviti di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling dijalankan.


Keceriaan bilik kaunseling begitu penting kerana bilik kaunseling perlulah selesa dan kondusif bagi menjamin suasana sesi kaunseling yang berlangsung adalah teraputik.Suasana yang teraputik hasil dari keindahan dan keceriaan bilik kaunseling sebenarnya mempengaruhi klien yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan.Suasana yang kondusif dipercayai akan mempercepatkan lagi proses ‘rawatan’ yang diberikan oleh kaunselor kepada kliennya.


Laporan dan rekod sesi perlu disediakan sebaik dan secepat mungkin agar kaunselor tidak tertinggal fakta-fakta penting semasa sesi berjalan.Penyediaan laporan sesi amat penting sebagai rujukan kepada kaunselor untuk sesi yang berikutnya.Namun begitu adalah perlu diingat bahawa segala laporan sesi adalah ‘SULIT ‘dan adalah menjadi suatu kesalahan jika ia terdedah atau diketahui oleh orang lain.Namun begitu bagi kes-kes yang melibatkan jenayah atau kes-kes yang terlalu berat ia boleh didedahkan dengan tujuan menyelamatkan klien atau orang yang ingin dicederakan oleh klien.


Penyediaan borang-borang perkhidmatan murid bagi kemudahan kaunselor menjalankan urusan pentadbiran.Kaunselor perlu menyediakan borang-borang tertentu bagi mengurus dan melancarkan lagi pengurusan Bimbingan dan kaunseling(Rujuk lampiran untuk borang yang disediakan).Borang yang disediakan mempunyai fungsi dan peranan tertentu.


Akademik


Seterusnya kaunselor bertanggungjawab untk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota,pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar, kemahiran mengingat,mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan.


Mengumpul maklumat berkenaan peluang melanjutkan diri seleps Penilaian Menengah Rendah,Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.Pengumpulan maklumat ini adalah perlu agar para pelajar mendapat maklumat tentang ke mana hala tuju mereka selepas melepasi tahap-tahap tertentu.Syarat-syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam atau swasta,tempat pengajian lain bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mereka yang tidak layak dan lain-lain peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran.Ini semuanya menjadi tanggungjawab kaunselor.

Tugas kaunselor seterusnya dalam bidang akademik tertumpu kepada Pemilihan mata pelajaran elektif.Sebagaimana yang semua maklumi bahawa apabila pelajar tamat PMR ,SPM atau STPM ,para pelajar terlibat dengan pemilihan mata pelajaran elektif.Untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan tahap pencapaian para pelajar maka kaunselor menjadi tempat rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang pemilihan mata pelajaran tersebut.Pada kebiasannnya pelajar akan bertemu kaunselor untuk mendapatkan gambaran tentang minat mereka dan mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian mereka sebelum mereka bertindak untuk mengambil keputusan.
Kaunselor juga berperanan dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar dan berjaya dalam pelajaran.Tugas ini memang amat mencabar.Oleh itu kaunselor amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain. Kursus-kursus kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar maka mereka akan didedahkan dengan beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan kemahiran belajar sokongan.
Kemahiran belajar seperti kemahiran membaca,membuat rujukan ,pengurusan masa,mencatat nota,memberikan konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang kaji,kumpulan belajar,dan teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk menyambung pelajaran ataupun latihan.
Pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan kemahiran Institusi pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan kemahiran awam dan swasta.Pengumpulan bahan ini amat perlu utnuk kegunaan kaunselor bagi menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat persekolahan menengah.Selain daripada itu kaunselor juga bertanggungjawab untuk menerangkan pembiayaan pendidikan iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang.
Kerjaya
Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid .Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.

Psikososial dan kesejahteraan mental


Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan self esteem ,kerohanian,pengurusan tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran asertif yang boleh dilakukan melalui bimbingan kerjaya,penyertaan pelajar dalam kem bina insan, kem motivasi,perkhemahan ibadah dan kaunseling keluarga.Semua aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan psikososial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak.


Kaunseling keibubapaan


Tugasan ini memerlukan kaunselor untuk membantu ibu bapa dan keluarga dalam menyelesaikan masalah ponteng,kenakalan anak melalui lawatan ke rumah serta bimbingan individu.Melalui kaunseling keibubapaan ini kaunselor akan dapat mengetahui latar belakang keluarga kliennya serta dapat menyelidiki masalah klien dengan lebih dekat dan menyeluruh.Ini akan membantu kaunselor mendapatkan pandangan dan membantu ibu bapa untuk menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah.


Tugas membantu pelajar yang bermasalah bukanlah suatu tugas yang mudah kerana kebanyakan pelajar yang bermasalah datang dari keluarga yang bermasalah.Oleh itu,kaunselor perlu berhati-hati ketika menjalankan kaunseling keibubapaan agar ia tidak menyentuh isu-isu yang terlalu sensitif hingga boleh menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu bapa.Justeru itu,tugas sebagai kaunseling keibubapaan merupakan suatu tugas yang sangat mencabar kerana kaunselor bukan sahaja berhadapan dengan pelajar tetapi ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang bermasalah.


Pembangunan diri


Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah diperbincangkan.Dalam hal ini ,para pelajar dibantu serta dibimbing bagaimana untuk menyelasaikan masalah diri sama ada yang berpunca dari diri sendiri atau pun persekitaran.Dalam hal memberi bantuan dan bimbingan ini, kaedah tertentu yang difikirkan perlu akan diberikan kepada pelajar agar ia dapat membebaskan dirinya daripada belenggu maslah yang dihadapinya.Kaedah yang diberikan tersebut pada dasarnya adalah mengikut kehendak dan keperluan pelajar yang memerlukannya kerana segala tindakan yang bakal dilakukan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.


Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS

Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi kepada rokok dan dadah.Dalam hal ini,pelajar akan diberikan info berkaitan dengan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Maklumat yang diberikan akan menggambarkan perkara yang buruk jika pelajar mendekatinya.Kaunselor juga akan memberikan maklumat kepada pelajar mengenai kegiatan dadah di Malaysia serta akibat buruk daripada mengedar ataupun menghisap dadah.

Kaunselor akan menjadi orang perantara dengan agensi luar yang berkaitan dengan aktiviti pencegahan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Melalui kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) pelajar akan didedahkan dengan bahaya pengambilan dadah dan pengujian air kencing boleh dilakukan oleh AADK.


Perkongsian maklumat dengan badan pencegahan dadah yang lain seperti PEMADAM ,Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan adalah di bawah tanggungjawab kaunselor.


Kaunselor juga boleh melibatkan pelajar dengan program-program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian dengan mengambil bahagiann dalam acara-acara yang dipertandingkan di setiap peringkat seperti pertandingan melukis poster,melukis kain rentang dan lain-lain lagi.


PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH.



Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan

fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American
School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab
profesional kaunselor sekolah seperti berikut.

Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas kaunselor yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang dengan baik,memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat.


Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat,

sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting agar segala tidakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu ke arah penyempurnaan kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-cita seseorang pelajar yang inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah menjadi seorang saintis,maka kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan memberikan panduan tentang mata pelajaran yang pentng yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin mencapai cita-citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan membimbing murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini oleh pelajar.

Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan

keupayaan membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara ii akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.

Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang

perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan
bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar. Seseorang kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi melibatkan keseluruhan organisasi sekolah untuk mereka memahami akan keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh seseorang pelajar untuk dihormati.Ini merupakan suatu perkara penting agar pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta kakitangan sekolah yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk mendapat khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka ingin berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunsleling.

Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas

pelajaran perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat
untuk kakitangan lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang besar kepada pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-sungguh daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja malahan pemantauan terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn dari semasa ke semasa bagi memastika para pelajar menadapat faedah daripada program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan.

Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-¬perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan. Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor juga perlu melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi hasil daripada program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan terutamanya kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi pelajar di sekolah berkenaan.


Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan¬-keperluannya dan peluang¬-peluang lain di persekitarannya dengan tujuan untuk menambahkan kebolehan,memberikan sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan anaknya terutama dari segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran akan peluanyang -pelunag yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya kelak.Memahami kemajuan perkembangan anak,keperluan dan peluang perlu diperjelaskan kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara lebih dekat dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan dalam peperiksaan atau perubahan sikap .


Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa

untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah.
Kaunselor perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal pentingnya sikap bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan sumbangan kepada program kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal ini, komuniti perlu dimaklumkan bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud dalam diri individu merupakan perkara terpenting untuk merealisasikan dan memrikan sumbangan kepada kaunsleing di sekolah.

Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang

lain yang perlu untuk perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu memperjelaskan kepada masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh seseorang pelajar.Ia juga berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang perlu dimilik oleh pelajar untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang.Karnival kerjaya,karnival sains dan pelbagai lagi karnival anjuran pihak luar seharusnya dijadikan tempat untuk pelajar mendapatkan maklumat berkenaan minat dan kecenderungan masing-masing.Melalui karnival ini,para pelajar sebenarnya didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa yang bakal mereka perolehi sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti.Selain daripada itu,program ajuran pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan umum,jadi kaunselor berperanan untuk mengumumkan bahan tersebut kepada para ibu bapa dan masyarakat agar merek afaham dan seterusnya dapat membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan.

Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber¬-sumber masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem

atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.

Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis,

Jabatan-¬jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat
LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain¬-lain.Hubungan yang baik dengan agensi luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor utnuk mendapatkan maklumat berkenaan bukan sahaja peluang-peluang yang bakal diperolehi pelajar tetapi juga dapat menjaminkan para pelajar mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesuatu agensi.Mendedahkan pelajar tentang peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu agensi membolehkan pelajar merebut peluang yang ditawarkan oleh sesuatu agensi tersebut.Perlu diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai agensi akan memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak sekolahtidak akan mampu untuk menangani segala permasalahan secara bersendrian.

Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar. Sebelum ini guru ‘biasa’ ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.(Dipetik daripada http://www.sabah.edu.my/smk.tfuads.klu/bimbingankaunseling.htm)


Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato’ Seri Najib Tun Razak (1996), pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah pelajar.


Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini.


Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang sepatutnya akan dapat dilihat.


Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan para pelajar yang menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan membincangkan keperluan murid dari pelbagai segi seperti kemahiran sosial,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998).


Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat kaunsleing maka kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan yang wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas dasar inilah ,maka kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.


Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang para pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakan-rakan.Dan sudah tentulah akan timbul gejala-gejala negatif di kalangan mereka.Justeru itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa yang wujud di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program seperti perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel-bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini penting agar masa yang terluang di kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang diterima oleh agama dan masyarakatnya.




Tuesday 10 April 2012

pemilihan kerjaya


KONSEP PEMILIHAN KERJAYA
Rujukan maklumat daripada : http://members.tripod.com/maklumat_ppd/kerjaya.htm
        Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya. •
         Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA
           Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minay yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat. • Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya. • Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA
1. Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
2. Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
3. Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

TEORI KERJAYA HOLLAND
1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)
a. CIRI-CIRI Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal,
    materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras
    hati, berulang-ulang, kurang celik akal.

b. SUKA Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa
    dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.
c. TIDAK SUKA Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.
d. ORIENTASI Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.
e. PEKERJAAN Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran
    hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak,
    pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu,
    tukang paip.
f. BIDANG PENGAJIAN Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi
    perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.
g. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan
    memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan. Ganjaran bernialai seperti wang,
    kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki. Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah
    dan tradisional.

2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
a. CIRI-CIRI Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal,
    tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak
    popular.
b. SUKA Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan,
    penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
c. TIDAK SUKA Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain,
    bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
d. ORIENTASI Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
e. PEKERJAAN Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji
    bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal,
    juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.
f. BIDANG PENGAJIAN Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains
    komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains
   Geoinformasi.
g. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.

3. ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)
CIRI-CIRI Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.
a. SUKA Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa,
    muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja
    bersendirian.
b. TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem
    pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data.
c. ORIENTASI Berkarya, mencipta idea. d. PEKERJAAN Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli
    muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari,
    pengarah drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan.
e. BIDANG PENGAJIAN Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik,
    alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.
f. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur,
    kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat
    dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.

4. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)
a) CIRI-CIRI Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin,
    bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif,
    memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.
SUKA Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.
TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.
ORIENTASI Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan. d. PEKERJAAN Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi
BIDANG PENGAJIAN Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.
PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.

5. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)
a) CIRI-CIRI Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-
    sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi,
    dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular,
    pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.
SUKA Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.
TIDAK SUKA Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.
ORIENTASI Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.
PEKERJAAN Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal.
BIDANG PENGAJIAN Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan, penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal.
PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip.

 6. KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)
a) CIRI-CIRI Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh,
    suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas,
    praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, 
    rigid bergantungan.
SUKA Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail. 
TIDAK SUKA Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.
ORIENTASI Manipulasi data dan sistematik.
PEKERJAAN Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru perdagangan.
BIDANG PENGAJIAN Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan.
PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah.                

Monday 19 March 2012

Bina diri bina kerjaya



Alhamdulillah...kita dijadikan dengan sebaik-baik kejadian. Allah beri kita yang terbaik, akal untuk berfikir, anggota untuk menggerakkan dan nafsu untuk memperindahkan. Manfaatkan segala kurniaan Ilahi untuk MEMBINA KERJAYA bermula dengan MEMBINA DIRI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...